Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad Riduan Mohamad Nor

ISBN:

Published:

Paperback

123 pages


Description

Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad  by  Riduan Mohamad Nor

Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad by Riduan Mohamad Nor
| Paperback | PDF, EPUB, FB2, DjVu, AUDIO, mp3, RTF | 123 pages | ISBN: | 4.69 Mb

Alhamdulillah, segala puji bagi Ilahi yang telah memberikan kita dengan nikmat kehidupan yang terlalu rencam, Selawat dan salam buat Rasul mulia yang telah menjadi rahmat kepada seluruh alam. Salam perjuangan kepada seluruh anak-anak muda yang berani berdada dengan kezaliman penguasa di seluruh belahan dunia.

Buku ini dituangkan di atas kertas dengan beberapa matlamat walaupun saya merasa sedikit kerdil untuk merakamkan sejarah besar gerakan mahasiswa di negara ini.Pertamanya, untuk menghimpunkan kembali sejarah mahasiswa di negara ini yang mengalami pasang surut perjuangan, ada suram dan ada kelam dalam kerencahan pelbagai jalur ideology .Setiap dekad mempunyai warna masing-masing yang dilatari dengan peristiwa yang berlaku dalam lingkungan masa tersebut. Dalam dekad 60an, gerakan anak-anank kampus telah mengalami zaman keemasan, disanjung serta dihormati bahkan suara mereka didengar oleh semua pihak.

Dasawarsa 70an pula merakamkan sejarah kehebatan gerakan mahasiswa sehingga tercetusnya peristiwa Baling 1974 yang telah membawa penangkapan beramai-ramai aktivis pelajar. Akta Universiti Dan Kolej telah merencatkan aktivisme pelajar sehingga kampus dianggap lesu namun secara senyap pula telah memerkasakan gerakan pelajar Islam sehingga ia menjadi fenomenal pada dekad 80an dan 90an.Keduanya, ialah untuk mengartikulasi kekuatan dan kelemahan gerakan pelajar di setiap dekad terpilih supaya kita lebih adil dalam menilai sejarah.

Ketiganya, sebagai bacaan yang akan menambahkan kepustakaan maklumat aktivis-aktivis pelajar yang sedang berjinak dengan dunia idealisme dan aktivisme kampus yang membahagiakan. Dalam jangkamasa belasan tahun ini sudah ribuan mahasiswa mendengan hujahan saya berkaitan dengan amal islami serta pensejarahan gerakan Islam maka diharap buku ini sebahagian daripada ABM (alat bantu mengajar) saya yang mampu menampung kelompangan maklumat ketika sesi syarahan yang biasanya dihambat waktu yang cemburu buta.Secara peribadi, keputusan untuk menulis buku ini berkaitan dengan ketidakpuasan saya menatap beberapa tulisan penulis sejarah gerakan kampus yang saya merasakan tidak tepat malah mengelirukan, apatah lagi dalam beberapa peristiwa bantahan awam dalam tempoh masa 1991-2001 yang berlaku di Lembah Kelang, saya terlibat secara langsung walaupun sebagai aktor kerdil mahupun mengurus acara bantahan (sebagai pelajar Universiti dan seterusnya aktivis sosio-politik).

Maka saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk merakamkan sejarah yang berlaku dengan pengamatan dan keterlibatan secara langsung.Akhir sekali buat pembaca budiman, terimakasih, kerana menatap buku ini kerana saya juga seperti Multatuli (penulis Max Haavelar) yang berprinsip ‘aku mahu dibaca’ bahkan lebih jauh mendasar, menulis akan mencerahkan pemikiran, menyihatkan mental , meramaikan teman, melunaskan hutang masa kita yang sentiasa terbuang percuma jika tidak menulis.

Buku akan menjadi harta paling berharga disisi manusia yang cintakan ilmu dan keteladanan yang baik, yang paling penting, ianya adalah sebahagian catatan amal kita untuk hari akhirat yang panjang. Moga tulisan ini bisa memanfaatkan kita semua, selamat membaca!Riduan Mohamad Nor.Padang Balang, Kuala Lumpur.



Enter the sum





Related Archive Books



Related Books


Comments

Comments for "Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad":


dietetyk-nutriplan.trustedbookdll.website

©2014-2015 | DMCA | Contact us